SAMBUTAN AIDIL FITRI


Dewan Terbuka SKPB 2 Oktober 2009 - Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah telah di adakan di sini pada hari ini. Semua pelajar dan guru sekolah telah terlibat sama dalam menjayakan program setahun sekali ini.
Program telah dimulakan dengan ucapan ringkas Guru Besar Pn. Mazlin Bt. Hj. Idris kemudian diikuti dengan persembahan pelajar-pelajar tahun 6 mengikut kelas masing-masing. Semua pelajar tidak mengira bangsa, keturunan dan agama telah berganding bahu dalam menjayakan persembahan. Semoga konsep 1 Malaysia yang di canangkan oleh PM kita menjadi realiti demi membangunkan Malaysia tercinta. Di kesempatan ini kami warga SKPB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Maaf Zahir dan Batin


BACA SETERUSNYA......

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI





BACA SETERUSNYA......

PPD SHORT CIRCUIT


PPD KLUANG 10 SEPTEMBER 2009 - Tepat pukul 7.10 pagi satu percikkan api dari lampu jalan 'street lighting' dihadapan PPD telah mengalami litar pintas atau 'short circuit'. Kejadian ini telah disedari oleh beberapa orang guru SKPB yang secara kebetulan berada di tingkat dua (pejabat sekolah) akibat mendengar letupan pada lampu tersebut.

Kejadian telah dilaporkan kepada Guru Besar yang kemudiannya mengarahkan webmaster menghubungi pihak TNB dan BOMBA. Kebakaran dapat dipadamkan kira-kira 40minit kemudian. Kejadian ini telah menyebabkan peperiksaan UPSR di sekolah ini ditunda masanya kerana terpaksa memindahkan kawasan peperiksaan pelajar dari Dewan Warisan ke Dewan Terbuka kerana ketiadaan elektrik hasil kejadian litar pintas tersebut. Semua guru sekolah ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan bersama-sama membantu mengalihkan meja dan kerusi peperiksaan pelajar. Tuan PPD berserta beberapa orang pegawainya turut serta meninjau 'perpindahan' tersebut.

Peristiwa ini telah merakamkan sejarahnya yang tersendiri kerana ini merupakan peristiwa pertama 'penghijrahan' pelajar UPSR semenjak 81 tahun sekolah ini dibuka. Semoga 'penghijrahan' ini juga memberikan impak yang positif terhadap hasil keputusan UPSR sekolah ini nanti...insyaalah


BACA SETERUSNYA......

BERMULA PERJUANGAN YANG SEBENAR


SKPB 8 September 2009 - Peperiksaan UPSR bermula pada hari ini. Seramai 67 orang calon sekolah ini akan menduduki peperiksaan tersebut. Sebelum memasuki dewan peperiksaan beberapa persiapan akhir telah dilalui oleh pelajar antaranya pemeriksaan demam, kelengkapan alat tulis, kad pelajar dan akhir sekali bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Zu Fakri. Sementelaah pelajar-pelajar sedang khyusuk menjawab soalan peperiksaan, guru-guru telah mengambil insiatif membaca surah yasin iaitu tradisi sekolah ini memohon agar dipermudahkan mereka menjawab soalan peperiksaan. Terdapat seorang bapa calon peperiksaan telah turut hadir bersama membaca surah yasin. Semoga Allah mempermudahkan pelajar-pelajar sekolah ini menjawab soalan peperiksaan UPSR dan mendapat kejayaan yang cemerlang...aminnnn


BACA SETERUSNYA......

WAKTU SOLAT

__________________________________________________________________


SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~


__________________________________________________________________